8 tips keemasan untuk membeli hartanah

 

Kata keramat yang sering kita dengar dalam hartanah ialah Lokasi! Lokasi!! Lokasi!!! tetapi menurut sesetengah orang pakar hartanah, yang penting ialah Financing! Financing! Financing!.

Terdapat 8 langkah keemasan yang nak di kongsikan di sini diadaptasikan daripada Buku Real Estate Riches karya Dr. Dolf De Roos yang pada pendapat aku sangat bernilai lebih daripada nilai emas itu sendiri.

1. Buat duit ketika anda membeli

Beli rumah dibawah market value, apabila anda membeli sebuah rumah bernilai RM300,000 hanya dengan harga RM270,000 , jika di teliti anda telah membuat keuntungan sebanyak RM30,000 secara mudah, ianya mungkin bukan dalam bentuk tunai, tetapi anda boleh masukkannya kedalam Net-worth (Aset – Liabiliti).

masa yang lama diperlukan untuk mengumpul wang sebanyak itu. mungkin makan bertahun.

2. Sentiasa beli daripada motivated seller

Andai anda tanya seorang yang tidak termotivasi (tidak terdesak) adakah dia mahu menjual rumah ini, dia akan menjawab “aku sayang lagi rumah ni, dan aku tak akan jualkannya”

Dalam keadaan begitu saya akan mempertimbangkan untuk tidak membelinya kerana sukar untuk mendapatkannya pada harga yang rendah daripada pasaran.

Motivated seller ini sesetengahnya adalah Flippers ( iaitu pembeli rumah under construction dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi), tapi apabila berlaku kegawatan ataupun oversupplied rumah tidak dapat dijual pada harga yang tinggi orang seperti ini akan menjadi orang yang terdesak.

 

Semakin terdesak penjual itu semakin mudah untuk anda tawarkan harga. Jangan terkejut ataupun bersalah jika dapat membeli rumah seolah-olah anda mencuri daripadanya.

Kerana barangkali tawaran orang lain selepas anda adalah lebih rendah dan tak masuk akal. Anda tetap membayar lebih daripada tawaran itu. Betul tak?

3. Jatuh cinta dengan keuntungan daripada jual beli jangan jatuh cinta kepada hartanah (jangan pula bercinta dengan tuannya he.he.)

Kesilapan terbesar yang biasanya pelabur hartanah ‘terbuat’ ialah membeli bukan berdasarkan potensi return hartanah itu, tetapi kerana kecantikan dan cute nya hartanah tersebut.

Realitinya, ketika kita memilih rumah untuk kita tinggal memang kita akan pilih rumah yang aling kita suka.

Tetapi apabila melibatkan hartanah pelaburan, tinggalkan emosi anda di belakang

Anda sedang membina pendapatan pelaburan pasif.

Tetapkan pada tujuan pelaburan. Biar nombor berbicara. Prospek mana yang kita nak tarik.

4. Elakkan menjadi orang pertama yang meletakkan harga, kerana orang itu akan rugi

Cuba buat latihan tawar menawar dengan rakan anda, dan lihat siapa yang dapat tawar lebih banyak.

5. Sentiasa berbeza dengan orang lain

Anda memerlukan stamina yang kuat untuk melakukan perkara ini,

Beli ketika semua orang menjual dan tunggu masa dengan sabar sewaktu semua orang membeli.

Cuba bayangkan ketika berlaku kegawatan ekonomi dan interest pada waktu itu naik hingga paras bumbung mungkin 20 peratus setahun pada waktu itu (jika tidak menggunakan perbankan islam).

Orang mesti akan kata kita gila jika kita membeli pada waktu itu.

Padahal sebenarnya, ok jer jika yield @ hasil daripada pembiayaan itu mampu menjana pendapatan dan boleh membayar installment bulanan dan masih positive cashflow.

Tidak lama selepas itu, barangkali bertahun selepas itu interest akan turun kembali dan pada waktu itu, hartanah akan kembali BOOM!! (seperti hari pos ini ditulis) dan interest berada pada aras yang sangat rendah.

Apabila semua hartanah ‘meletup’ semua orang berlumba-lumba memikirkan seolah-olah peningkatan harga hartanah ini tiadapenghujung.

Pada waktu ini anda patut duduk dan jangan membeli kumpulkan simpanan anda, dan ‘peluru’ anda.

Sebaliknya apabila semua orang mencuba dengan sedaya upaya mereka dalam keadaan terdesak untuk keluar. Inilah peluang untuk anda terjun kedalam dan beli sebanyak mana yang anda mampu.

Manusia mudah lupa. Jadi tunggulah masa keemasan ini.

 

6. Sentiasa berusaha untuk membeli tanpa down payment atau pun down payment yang paling rendah

Setiap hari kita diajarkan oleh orang tua untuk bayar semua hutang. Ajaran ini sesuai untuk rumah tempat tinggal kita, tetapi tidak praktikal apabila melibatkan gadaijanji untuk rumah pelaburan.

Ye la, daripada kita belanjakan RM100,000 untuk beli sebuah hartanah bernilai RM100,000 secara tunai,

kenapa tidak letakkan Deposit RM25,000 setiap unit untuk empat hartanah bernilai RM100,000 seunit, ataupun RM10,000 Deposit untuk setiap 10 unit bernilai RM100,000

7. Jual kepada diri sendiri (Refinance)

Orang yang menjual hartanahnya untuk dapatkan tunai tidak akan berjaya seperti orang yang menyimpan hartanahnya.

Apabila anda tanya orang yang pernah beli hartanah, bagaimana hartanah yang dia jual dahulu, dia pasti akan menyesal kerana menjualnya.

Kadang-kadang adalah lebih baik kita jual hartanah andai hartanah tersebut tidak mendatangkan hasil, sebaliknya bakar duit poket kita tiap-tiap bulan kerana kosong.

Namun, sebagai umumnya orang yang simpan hartanah akan beruntung atas apa yang mereka telah capai. Dan orang yang telah menjual hartanah pada masa itu pasti akan takjub dan berkata “Wah, kalau aku masih miliki hartanah ini mesti aku akan dapat untung dua atau tiga juta tanpa bekerja”.

Andai hartanah itu menguntungkan dan kita memerlukan cash kenapa tidak Refinance?

8. Tawaran  yang terbaik, akan datang setiap minggu sekurang-kurannya seminggu sekali.

Teruskan mencari, semakin banyak anda melihat tawaran hebat semakin anda percaya bahawa tawaran hebat itu wujud.

Cara yang terbaik ialah mulakan mencari dan terus mencari. Pasti anda akan terkejut dengan apa yang anda jumpa.

Jika anda percaya tawaran terbaik dekat ini datang setiap minggu pasti anda akan berjumpa dengannya.

Advertisements