Bagaimana Buat Ruang Jadi Luas

1. Hamparkan Permaidani

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Dengan permaidani yang bersesuaian, anda mampu jadikan ruang yang kecil kelihatan BESAR dan LUAS dengan hamparan menutupi sebahagian besar lantai. Elakkan heavy pattern , kerana ianya akan menjadikan ruang kelihatan berserabut dan nampak kecil.

Permaidani yang mungkin sesuai ialah ada garisan melintang atau menegak, ini akan menimbulkan ilusi tambahan panjang dan luas kedalam ruang.

Untuk menggunakannya pastikan warna permaidani lebih cerah daripada warna dinding.

Selain itu, ingat bahawa semakin besar permaidani, semakin besar ruang kelihatan. Untuk maksimumkan Efek, permaidani hendaklah sekurang-kurangnya separuh daripada Lantai.