Tuhan Temukan Bahan Bacaan yang Bermanfaat

Syukur pada Allah kerana memberi rezeki dan membuka pintu hati saya untuk membaca sebuah Blog yang membina baik dari segi Rohani juga dari segi pengurusan kewangan.

Blog yang saya maksudkan ialah www.mohdzulkifli.com , banyak artikel-artikel yang membuatkan saya menangis sendirian dan tersenyum sendirian.

Saya, jika membaca akan cuba menghayati isi kandungan yang ditulis oleh penulis dan membayangkan saya sendiri berada dalam visual tersebut, sebab itulah jika ada perkara yang lucu saya akan tergelak dan seringkali wife saya akan bertanya “kenapa gelak sorang-sorang tu bang?” 🙂

Kadang-kadang jenuh pulak saya nak terangkan kenapa saya tergelak.

Alhamdulillah, saya harap penulis blog ini akan teruskan penulisan beliau dan tidak jemu berkongsi dengan kami, mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat daripada Allah Taala.

Leave a comment